Dari laptop admin,


Assalamualaikum dan Salam sejahtera traders sekalian.

Apa khabar anda? Bagaimana perjalanan trading anda pada hari ini? Diharapkan sukses selalu. Tahun ini sudahpun masuk ke tahun 2019. Bilakah permulaan perjalanan trading anda? Adakah sudah bermula tahun lepas? atau 5 tahun lepas atau mungkin sudah berusia lebih 10 tahun?

Jika anda sudah berjaya, tahniah saya ucapkan. Jika anda masih terkapai-kapai dan mencari-cari ilmu yang mungkin boleh membantu anda ini mungkin titik permulaan kepada perubahan hidup anda.




FOREX sebenarnya mudah tapi dengan syarat anda mestilah punyai pengalaman, pengetahuan dan skill trading yang diperlukan(...dan semestinya, ia adalah susah jika anda hanya mahu mencuba nasib atau terikut-ikut dengan orang lain).

Akan tetapi untuk dapatkan skill seperti ini anda perlukan usaha, dan pengorbanan yang tinggi dari segi komitmen masa dan wang ringgit barulah anda akan dapati mudahnya forex ini.

Saya tidak katakan ia mudah untuk semua orang tetapi fikirkan, adakah ia sukar bagi trader yang sudah faham selok-belok teknik pasaran berbanding trader baru?


Jika dibandingkan zaman dulu, ilmu forex amatlah sukar untuk diperolehi malah ada pihak mengambil kesempatan mengajarkan asas forex dengan caj ribuan ringgit sedangkan ilmu diperingkat yang lebih advanced atau lebih tinggi itu belum lagi diajarkan.

Zaman sekarang ilmu forex sangatlah mudah didapati hanya dengan mencari di google. Hampir setiap orang boleh mencarinya, pelajari dan mencuba pada live market samada demo account mahupun live account.



Ilmu teknikal seperti Support Resistance, Trendline, Fibonacci, Candlestick, Bollinger band, MACD semuanya BOLEH DICARI secara percuma online bahkan trader sudah boleh mencipta teknik sendiri.

Namun apa yang SUKAR adalah, menjana profit bukanlah mudah seperti mempelajari atau mencari ilmu berkenaan. Kerana sifat pasaran ini sebenarnya cenderung untuk mengelirukan dan menggagalkan trader itu sendiri, maka samada trader itu akan gagal kerana kurangnya ilmu atau, mempunyai ilmu yang hebat tetapi gagal kerana emosinya sendiri. Anda pasti pernah mengalami situasi ini, kan?


95% trader baru akan kerugian modal dalam tempoh 3 bulan pertama dalam trading. Pernahkah anda terfikir kenapa apa yang dipelajari itu selalu berbeza dengan keadaan sebenar live market?


Berapa kali anda harus terkena dengan situasi ini sebelum anda sedar sebenarnya anda perlukan pertolongan?

Adakah anda perlu kerugian puluhan ribu USD terlebih dahulu barulah anda mencari bantuan? Terpulang pada anda.

Ramai yang suka pelajari kaedah entry kerana percaya situlah rahsia sebenar kejayaan dalam forex. Semakin tinggi peratusan tinggi entry, maka semakin diyakinilah bahawa teknik entry itu hebat.

Dalam forex trading, ada dua perkara penting anda perlu tahu mengenai entry iaitu;
  • Entry jangan terlalu awal
  • Entry jangan terlalu lewat
Izinkan saya terangkan lebih lanjut...

Entry terlalu awal bermaksud, entry tanpa confirmation. Apabila membuat entry tanpa landasan asas yang kukuh, seseorang trader itu cenderung memasuki pasaran mengikut rasa-rasa dan tidak yakin adakah itu entry yang sebenarnya. Entry terlalu awal ini kebiasaannya akan membingungkan kerana tidak jelas arah pasaran pada waktu itu adakah sudah berubah atau masih hendak meneruskan perjalanannya.

Entry terlalu lewat bermaksud pergerakan price dari titik permulaan entry sudah agak jauh tersasar. Anda membuat entry buy tapi price sudah bergerak lebih 100 pips, ini bermakna 100 pips itulah risk anda dan kesan akibatnya jika gagal sudah pasti, anda akan kerugian 100 pips.

Sebelum anda mempelajari entry, anda seharusnya memahami trend pasaran terlebih dahulu.

Apakah itu trend dalam FOREX? Trend adalah bermaksud pergerakan pasaran pada sesuatu masa tersebut. Ia terbahagi kepada tiga iaitu;
  1. Uptrend
  2. Downtrend
  3. Sideways/range bound
Jika uptrend, anda mestilah buy. Jika downtrend, anda mestilah sell. Jika sideways haruslah elakkan trade.

Jika anda ingin memasuki pasaran sewaktu dalam trending menaik ataupun menurun, satu perkara anda wajib ingat dan beri perhatian serius iaitu, trend akan mempunyai retracement.

Ini bermakna jika uptrend, anda nantikan price turun membuat retracement kemudian barulah anda membuat entry. Begitulah juga sebaliknya.

Retracement ini akan memberikan peluang kepada anda untuk membuat sell high dan buy low berdasarkan trend semasa pada waktu itu.



Anda boleh memanfaatkan berberapa tools penting dalam analisa teknikal untuk mendapatkan level price yang betul untuk entry anda.

Seperkara lagi, dalam proses retracement ini, kebiasaannya akan terbentuk 'pattern.' Pattern apakah yang dimaksudkan? Ia akan diterangkan dalam group live trade.

Sepertimana permulaan, maka akan ada pengakhiran. Oleh itu sesuatu trend itu tidak akan selamanya naik dan tidak juga akan selamanya turun. Ini dinamakan sebagai Penghujung trend.

Anda boleh manfaatkan penghujung trend untuk dua perkara iaitu, entry dan elakkan entry. Entry samada melawan arah, sebagai contoh jika uptrend, anda akan sell dipenghujung trend tersebut. Jika anda tidak pasti samada trend sudah berakhir atau belum, elakkan trade adalah pilihan terbaik.

Jika dalam sesuatu trending itu mempunyai pattern, begitu jugalah dengan penghujung trend. Price akan membentuk pattern dan ini akan menjadi clue kepada anda samada untuk mengambil trade ataupun tidak.

Ingin tahu apakah pattern tersebut? Biar saya dedahkan sahaja kepada anda. Pattern tersebut adalah seperti berikut;
  • Wedge rising/falling
  • Head and Shoulder/inverted head and shoulder
  • Double top/bottom
  • Tripple top/bottom

Dalam group live trade, ini adalah antara yang jadi keutamaan selain memberikan alert awal kepada ahli group mengenai potensi penghujung sesuatu trend.

Adakalanya dalam sesuatu pergerakan trend, tidak semuanya akan berlaku reversal dan meninggalkan clue perubahan arah seperti di atas kerana ada masanya News Release juga boleh mengubah sesuatu arah pasaran.

Ingat pada tahun 2015 ketika News mengenai SNB membuang harga tukaran tetap 1.2000 antara EUR dan CHF, EURCHF jatuh teruk dalam masa sehari sahaja. Anda boleh baca news tersebut di sini https://www.pipsafe.com/eurchf-collapses-as-snb-gives-up-on-1-2000/

Itu adalah sebahagian dari bahaya news yang sukar dijangka. Akan tetapi masih terdapat cara untuk mengelak dari risiko seperti ini.


News adalah berita-berita penting yang dikeluarkan mengenai ekonomi sesuatu negara dan dalam masa yang sama data-data penting seperti GDP, Interest Rates, Employment change dan lain-lain juga boleh mempengaruhi pergerakan sesuatu pair matawang.

Anda boleh lihat senarai keluaran data ekonomi melalui www.forexfactory.com


Dengan mengetahui bilakah berita/data ekonomi ini dikeluarkan anda boleh merancang trade dengan baik. Anda boleh elakkan trade semasa news kerana pada waktu ini adakalanya spread mengembang dan boleh menyebabkan Stoploss anda terkena awal. Oleh itu jika terdapat entry awal sebelum news, anda bolehlah adjust saiz stoploss anda.

Setelah news berlalu dalam masa 1-2 jam, pasaran akan kembali normal dan anda boleh menyambung semula trading anda.

Trading ini bukanlah semata-mata untuk mengejar entry dan membuat profit. Mindset seperti ini wajar diubah jika anda mahu bertahan lama dalam forex. Anda perlu bersikap professional dalam membuat keputusan dan bukan lagi mengikut orang lain mahupun trade tergesa-gesa.

Tahukah anda bahawa bukan sepanjang masa trade itu boleh dibuat?


Ramai newbie sering beranggapan boleh trade setiap hari dan membuat untung setiap hari. Itu belum lagi ditambah dengan perasaan tamak ingin membuat keuntungan luar biasa setiap hari, setiap bulan bahkan sesingkat yang mungkin dalam masa 5 minit, 10 minit.. ia tidak mustahil jika anda membuka posisi sell ketika news berkaitan EURCHF yang telah saya kongsikan di atas. Pada waktu itu mungkin anda boleh menjana hingga 100K USD dalam masa sehari sahaja. Tapi berapa kali ia berlaku dalam seminggu, sebulan dan setahun?

Hari terbaik trading adalah pada hari di mana ia bukanlah minggu pertama kerana waktu ini waktu data pengangguran dikeluarkan untuk Amerika(NFP). Market adakalanya sideways sebelum news dan adakalanya juga agak trending dan sukar untuk mendapat peluang entry.

Market pada penghujung bulan dan penghujung tahun juga agak berisiko tinggi oleh itu boleh jadi pada sepanjang hari pada bulan ini adalah tidak sesuai untuk membuat trading.

Oleh itu, pilihlah hari dalam minggu kedua dan ketiga dalam sebulan dan pastikan bukan berada di penghujung tahun seperti november dan disember kerana berisiko tinggi. Tak percaya? cuba lihat market GBPJPY, USDJPY dan EURJPY pada november dan disember 2018.

Jika anda sudah ketahui hari yang terbaik untuk entry, kini tiba masanya untuk belajar rahsia timing entry anda!
Persoalaan yang sering ditanyakan oleh kebanyakan trader bukan sahaja yang baru, bahkan juga yang lama-Bilakah waktu tepat hendak entry??

Jawapannya ada pada timeframe yang anda hendak trade. Jika anda amati betul-betul apa itu maksud time dan frame, ia merujuk kepada rangka masa di mana dalam tempoh ini akan ada waktu permulaan dan pengakhiran kepada sesuatu candle itu.

Okey jika kurang faham, biar saya ringkaskan. 

Pernahkah anda terfikir kepada terdapatnya timeframe 1 minit hingga 1 bulan? 
  • Timeframe 1 minit = 1 candle 1 minit
  • Timeframe 5 minit = 1 candle 5 minit
  • Timeframe 15 minit = 1 candle 15 minit
  • Timeframe 30 minit = 1 candle 30 minit
  • Timeframe 1 jam = 1 candle 1 jam
  • Timeframe 4 jam = 1 candle 4 jam
  • Timeframe D1 = 1 candle 1 hari
  • Timeframe Weekly = 1 candle 1 minggu
  • Timeframe Monthly = 1 candle 1 bulan
Ini bermakna jika timeframe 1 minit, anda perlu tunggu 1 minit untuk candle itu siap. Jika timeframe 1 jam, anda perlu tunggu 1 jam barulah candle itu siap. Okey sekarang apa kaitannya dengan merancang timing entry anda??

Jika anda hendak melihat confirmation candlestick pattern, anda boleh pilih timeframe yang anda mahu dan entry apabila candle itu siap mengikut timeframe tersebut.

Entry yang tepat adalah umpama seperti penembak sniper

Sebagai contoh anda ingin membuat buy di support level, katakanlah pada price 1.1350. Untuk membuat entry, anda mestilah melihat apakah pattern candle yang akan terbentuk di price level ini. Jika anda mahu trade ikut timeframe M15, ini bermaksud candle baru akan siap setiap 15 minit bermula dari jam genap, sebagai contoh jam 3PM, anda perlu tunggu jam 3:15PM untuk candle di M15 siap. Jika anda ingin membuat entry pada H1 pula, anda perlu menunggu jam 4pm untuk lihat apakah candle yang akan terbentuk di price level tersebut. 

Jika tiada buy pattern ini bermakna anda tidak perlu entry pada level price tersebut. Akan tetapi jika ia terbentuk signal buy seperti hammer atau morning star, entry anda dikira sudah 'trigger.'

Apabila entry sudah tepat, anda sudah boleh buat duit melalui forex.


Persoalan yang selalu bermain difikiran trader baru, bolehkah buat duit dari trading forex? Berikut saya sertakan video live trade forex.

Jika anda memahami selok-belok pasaran, bila hendak entry, bila perlu elak entry, sudah tentu YA. Selebihnya anda hanya perlu adjust lot size anda samada hendak trade lot kecil ataupun besar.

Untuk perhatian, video ini bukan untuk orang yang takutkan profit besar.

TONTON VIDEO DI BAWAH;


Sila ke laman ini untuk paparan lebih banyak lagi.
Dengan yuran sekali seumur hidup anda boleh akses kesemua ebook dan video pembelajaran di dalam laman keahlian CSPRO tanpa had. Anda boleh muat-turun kesemua nota untuk rujukan live trade harian anda.

Antara yang akan anda pelajari:
  • SOP intraday scalping/swing
  • Candle penentu arah
  • Bagaimana menggunakan tools untuk mendapatkan entry buy low/sell high
  • Entry Timing(right entry/right exit)
  • Teknik menggandakan akaun kecil kepada besar dalam masa singkat
  • Scalping 10 pips
  • Teknik entry lot besar
  • Analisa arah menggunakan 2 indikator
  • Maksima TP dengan kaedah 'overlapping'
Update kandungan baharu dan pembelajaran terbaru adalah percuma kepada ahli yang sedia-ada. Selain itu anda juga boleh menyertai group signal melalui whatsapp dan juga telegram.



Melalui group ini anda akan diberikan analisa harian dan mingguan serta prediction pasaran hadapan.

Kesemuanya dalam satu harga terendah!

Tukarkan dari ini..


Kepada ini




HARGA PROMOSI RM99 SEBELUM INI SUDAH TAMAT.


Sila bankin ke akaun berikut;


Sila whatsapp ke 0168225295 jika sudah membuat pembayaran..


ADMIN
Pengasas CSPRO membership


P/S: Ilmu yang bermanfaat kos hanya sekali, ia akan memberikan manfaat berkali-kali seumur hidup.
P/S/S: Bayaran adalah sekali sahaja.
P/S/S/S: Risau tak faham atau perlu bantuan? Hubungi admin untuk bantuan.


Disclaimer. Please read.
CFTC Rule 4.41

Hypothetical or simulated performance results have certain limitations. Unlike an actual performance record, simulated results do not represent actual trading. Also, since the trades have not been executed, the results may have under-or-over compensated for the impact, if any, of certain market factors, such as lack of liquidity. Simulated trading programs in general are also subject to the fact that they are designed with the benefit of hindsight. No representation is being made that any account will or is likely to achieve profit or losses similar to those shown. No representation is being made that any account will, or is likely to achieve profits or losses similar to those discussed within this site, support and texts. Our course(s), products and services should be used as learning aids only and should not be used to invest real money. If you decide to invest real money, all trading decisions should be your own.
Hypothetical performance results have many inherent limitations, some of which are described below. No representation is being made that any account will or is likely to achieve profits or losses similar to those shown. In fact, there are frequently sharp differences between hypothetical performance results and the actual results subsequently achieved by any particular trading program. One of the limitations of hypothetical performance results is that they are generally prepared with the benefit of hindsight. In addition, hypothetical trading does not involve financial risk, and no hypothetical trading record can completely account for the impact of financial risk in actual trading. For example, the ability to withstand losses or adhere to a particular trading program in spite of trading losses are material points which can also adversely affect actual trading results. There are numerous other factors related to the markets in general or to the implementation of any specific trading program which cannot be fully accounted for in the preparation of hypothetical performance results and all of which can adversely affect actual trading results.